- Konsep terhadap dunia seperti alam nyata, alam luas, ruang alam, hutan, laut, sungai, tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung-ganang dan lain-lain.
- Konsep terhadap alam ghaib seperti alam selepas mati, alam akhirat, makhluk-makhluk yang wujud di alam ghaib dan juga tentang ketuhanan.
- Konsep terhadap sesama manusia seperti konsep 'kita' terhadap 'mereka' iaitu orang lain termasuk juga kehidupan manusia terhadap adat dan kehidupan sosial.
Dalam pantun Melayu tradisional, falsafah atau pemikiran orang Melayu diungkap dalam bentuk pantun iaitu dari segi kosa kata, frasa dan ayat yang digunakan selain gaya pengungkapannya sama ada secara lisan atau tulisan.
Pantun Melayu tradisional juga menyatakan perasaan dan pandangan serta buah fikiran yang mengandung nilai, etika dan keunggulan masyarakat Melayu itu sendiri.
Terdapat pelbagai jenis pantun yang berjaya diungkap oleh masyarakat Melayu pada masa dahulu. Antaranya:
- Pantun nasib
Orang Kedah pergi ke Daik,
Berjalan malam terlanggar tunggul;
Kalau sudah benih yang baik;
Padi segenggam jadi sepikul.
- Pantun resam hidup
Rumah buruk serambi tak baik,
Serai seulas di dalam dulang;
Rupa buruk budi tak baik,
Apa guna kepada orang.
- Pantun sindiran
Bunga pudak di tepi telaga,
Sunting budak di atas panggung;
Sungguh berbedak berlian juga,
Umpama katak di bawah tempurung.



No comments:
Post a Comment